Langkau ke kandungan utama
✦ Dibina untuk latihan, bukan ramalan soalanLihat standard kandungan ↗
Bilik PersediaanPKSK + UKKM
Log masukMula sekarang ↗

# Study smart, bukan study serabut

Kurang teka-teki.
Lebih yakin.

Satu ruang latihan interaktif untuk membantu anak membina strategi, memahami kesilapan, memperbaiki karangan dan melihat kemajuan latihan PKSK atau UKKM—langkah demi langkah.

KELEBIHAN PKSKTulis tangan, muat naik, dapat ulasanTak perlu taip semula karangan anak →
671item dalam bank latihanSemakankarangan anak24/7akses kendiri
✓ Ulasan jawapan
⚡ Ikut rentak sendiri
Tiga watak abstrak tanpa wajah belajar bersama menggunakan tablet, kad imbas dan buku nota
Fokus minggu iniPenaakulan +12%
PELAN PECUTAN✦SEMAKAN KARANGAN✦SIMULASI BERTEMPOH✦HURAIAN JAWAPAN✦ANALISIS PRESTASI

01 Kenapa Bilik Persediaan?

Bukan longgokan soalan.
Sistem untuk bergerak maju.

Anak nampak tugasan seterusnya. Ibu bapa nampak bahawa latihan dibuat dengan arah—tanpa perlu menjadi “guru kedua” di rumah.

◎

Pelan kendiri

Fokus pada apa yang perlu dibaiki, bukan sekadar tambah jam belajar.

3 / 6 sesi selesai
↗

Maklum balas

Faham sebab jawapan—bukan hafal pilihan.

◷

Simulasi

Biasakan keputusan ketika masa bergerak.

42:18
⌁

Analisis tindakan

Nampak pola kuat dan lemah, kemudian tetapkan satu fokus kecil untuk sesi seterusnya.

Bahasa Numerasi Penaakulan

02 Kelebihan untuk penulisan anak

Karangan anak disemak.
Anak tahu cara memperbaikinya.

Anak menulis di atas kertas seperti latihan sebenar, kemudian ambil gambar dan hantar. Sistem mengecilkan gambar secara automatik, membaca tulisan dan meminta anak menyemak teks sebelum karangan dinilai. Tiada kerja menaip semula satu persatu.

01Mudah dihantar dari telefonAmbil gambar sehingga enam halaman; saiz diuruskan secara automatik.
02Nampak perkara yang sudah baik dan perlu dibaikiKekuatan serta kesalahan utama diterangkan dengan petikan dan cadangan pembetulan.
03Tahu langkah latihan seterusnyaAnak menerima tiga tindakan ringkas untuk penulisan berikutnya.
Lihat pakej dengan semakan karangan →

Tersedia dalam pakej PKSK dan Pakej Lengkap. Markah dan ulasan diberikan sebagai panduan latihan, bukan keputusan rasmi.

CONTOH PAPARAN SEMAKANSemakan selesai ✓
Markah latihan84/100Baik
Kehendak tugasanIsi & huraianBahasa
✓
KEKUATAN ANAK

Idea utama jelas dan disokong dengan contoh yang berkaitan.

↗
PEMBAIKAN UTAMA

Huraikan kesan setiap tindakan supaya isi menjadi lebih matang.

LANGKAH SETERUSNYA1Tambah contoh khusus2Pelbagaikan ayat3Semak ejaan

03 Dua fokus, satu ruang

Pilih fokus anak.
Atau buka kedua-duanya.

Pakej Lengkap membolehkan murid bertukar antara latihan PKSK dan UKKM dalam akaun yang sama. Aras Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 kekal mengikut pendaftaran.

Bandingkan pakej →
PKSKPentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

Intelek, insaniah & penulisan

  • Bahasa, numerasi dan sains
  • Penaakulan serta pertimbangan situasi
  • Latihan artikulasi penulisan
UKKMUjian Kecenderungan Kemasukan MRSM

Empat bidang latihan

  • Bahasa Melayu
  • Matematik dan Sains
  • Keperibadian

Makluman 2027: Laluan bergantung pada status sekolah dan pilihan program. Murid sekolah berdaftar KPM menggunakan laluan PKSK; murid sekolah swasta yang tidak berdaftar KPM menggunakan MyMRSM dan UKKM. Calon tertentu boleh dipanggil menduduki UKKM atau Ujian Khas MARA selepas memenuhi syarat merit.

04 Pilih ikut laluan anak

PKSK atau UKKM?
Semak dahulu, baru pilih.

Jawapan bergantung pada status sekolah anak dan program MRSM yang dipilih. Ringkasan ini merujuk maklumat rasmi kemasukan 2027.

02

Sekolah swasta tidak berdaftar KPM

Permohonan MRSM melalui MyMRSM dan anak menduduki UKKM.

Lihat pakej UKKM →
03

Premier atau program khas

Calon yang memenuhi syarat merit boleh dipanggil menduduki UKKM atau Ujian Khas MARA. Semak surat panggilan.

Semak MyMRSM ↗

05 Standard kandungan

Soalan yang ada tujuan.
Bukan isi ruang.

Setiap item melalui semakan struktur dan saringan editorial dari sudut objektif, kesesuaian aras, ketepatan jawapan, fungsi pilihan pengganggu, bahasa dan kejelasan huraian. Rujukan bahasa berpandukan PRPM DBP; fakta bertarikh memerlukan sumber primer dan tarikh semak semula.

671item dalam audit strukturBerperingkatsemakan editorialDBPrujukan bahasa
  1. 01
    Rujuk

    Dokumen dan halaman rasmi diutamakan.

  2. 02
    Bina

    Satu objektif jelas bagi setiap item.

  3. 03
    Semak

    Bahasa, fakta, jawapan dan aras diaudit.

  4. 04
    Baiki

    Item kabur atau berat sebelah dikeluarkan.

06 Sila cuba

Okay, sekarang
giliran anda.

Tiga soalan ringkas daripada bidang berbeza. Soalan dan susunan pilihan dirawakkan, jadi percubaan baharu tidak semestinya sama.

PenaakulanSOALAN 1 / 3

07 Mesra ibu bapa

Bayar sekali.
Aktif tanpa pening.

Tiada borang akaun panjang sebelum pembayaran. Penjaga menerima pautan sekali guna dan menetapkan kata laluan sendiri.

  1. 1Pilih pakej dan isi maklumatSatu borang untuk penjaga dan seorang murid.
  2. 2Bayar dengan BillplzJumlah disahkan oleh pelayan, bukan pelayar.
  3. 3Terima pautan pengaktifanPautan sekali guna sah selama 48 jam.
  4. 4Cipta kata laluan & mulaID akaun dihantar; kata laluan tidak diemel.

08 Harga terus terang

Pilih satu.
Atau ambil semua.

Akses untuk seorang murid selama 365 hari. Tiada pembaharuan automatik.

PKSK sahaja

RM79

/ seorang murid
  • Semua latihan PKSK
  • Insaniah, intelek & penulisan
  • Semakan karangan Bahasa Melayu
  • Pelan, simulasi, analisis & refleksi sesi
Pilih PKSK sahaja →

UKKM sahaja

RM79

/ seorang murid
  • Semua latihan UKKM
  • BM, Matematik, Sains & Keperibadian
  • Pelan, simulasi, analisis & refleksi sesi
Pilih UKKM sahaja →

09 Daftar & bayar

Satu borang.
Siap dalam beberapa minit.

  • Butiran pembayaran dikendalikan Billplz
  • Akaun seorang murid, satu sesi aktif
  • Boleh semak status pendaftaran kemudian
Sudah mendaftar? Semak status ↗
1. Pilih pakej
2. Maklumat penjaga & murid
Jumlah bayaranPKSK + UKKMRM120

Lengkapkan semua maklumat dan persetujuan untuk meneruskan.

Jumlah dikira semula oleh pelayan. Sistem ini tidak menyimpan butiran kad atau akaun bank.

10 Soalan lazim

Sebelum tekan
“mula”.

Adakah ini laman rasmi KPM atau MARA?

Tidak. Ini ialah alat sokongan persediaan bebas. Ia tidak berafiliasi dengan KPM, MARA atau DBP dan tidak menjamin kemasukan.

Apakah beza Pakej Lengkap?

Pakej Lengkap membuka latihan PKSK dan UKKM dalam akaun yang sama untuk seorang murid. Pakej tunggal hanya membuka fokus yang dipilih.

Siapakah yang perlu menduduki UKKM?

Bagi kemasukan 2027, murid sekolah swasta yang tidak berdaftar KPM menggunakan MyMRSM dan menduduki UKKM. Calon berdaftar KPM yang memilih Premier sebagai pilihan pertama juga boleh dipanggil selepas melepasi merit minimum PKSK. Semak MyMRSM atau surat panggilan untuk laluan anak.

Adakah bilangan soalan dan tempoh latihan UKKM ini rasmi?

Tidak. MARA menyenaraikan Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Keperibadian sebagai bidang UKKM. Bilangan item, tempoh dan skor dalam sistem ialah tetapan latihan dalaman.

Karangan PKSK ditulis tangan atau ditaip?

FAQ KPM 2027 menyatakan Bahagian C ialah Artikulasi Penulisan secara bertulis selama 45 minit, manakala Bahagian A dan B dilaksanakan secara dalam talian. Calon juga diminta membawa pen atau pensel. Dalam sistem ini, anak boleh menulis di atas kertas, mengambil gambar halaman dan menyemak teks yang dibaca sebelum menghantar untuk semakan. Pilihan menaip turut disediakan.

Bagaimanakah kandungan latihan dibina?

Semua item dibangunkan secara bebas untuk melatih kemahiran yang berkaitan dengan komponen PKSK dan bidang UKKM yang diumumkan. Kandungan disaring dari sudut bahasa, kejelasan jawapan, kesesuaian aras dan ketepatan fakta.

Apakah yang anak terima selepas menghantar karangan?

Anak menerima markah latihan, ulasan mengikut beberapa aspek penulisan, kekuatan yang perlu dikekalkan, pembaikan utama berserta contoh dan tiga langkah latihan seterusnya. Ciri ini tersedia dalam pakej PKSK dan Pakej Lengkap.

Apa berlaku selepas anak menyiapkan satu sesi?

Anak melihat analisis mengikut bahagian dan konstruk, mengenal pasti satu punca kesilapan, kemudian menetapkan satu fokus kecil untuk sesi seterusnya. Catatan itu disimpan bersama rekod kemajuan.

Mengapa akaun tidak boleh dikongsi?

Analisis bergantung pada rekod seorang murid. Satu sesi aktif mengelakkan rekod bercampur dan melindungi akses berbayar.

Bagaimana jika e-mel pengaktifan tidak diterima?

Gunakan halaman Semak Status dengan nombor pesanan dan e-mel penjaga, atau hubungi sokongan. Jangan membuat bayaran kali kedua.

Bagaimanakah bayaran balik dikendalikan?

Permohonan dibuat melalui e-mel sokongan. Kelayakan bergantung pada status pengaktifan, penggunaan dan terma yang dipaparkan sebelum bayaran.